#3
POSTED ON Sunday, June 22, 2014 AT 7:29 AM \\

Bismillahirrahmanirrahim. 

Ya Allah, 
Tabahkan lah aku untuk mengharungi segala dugaanmu, 
Kau berikan lah aku kekuatan untuk semua ini. 

Ya Allah, 
Berkatilah kehidupan aku didunia, 
Berikanlah aku kesihatan yang baik, 
Kau sembuhkan lah penyakitku ini, ya allah. 

Ya Allah ya tuhanku, 
Ampuni dosa dosa yang telah aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja,
Kau rahmatilah kehidupan aku di dunia ini. 
Kau bahagiakan lah insan yang mengenali diri ini. 

Amiin ...

#2
POSTED ON Thursday, June 19, 2014 AT 9:15 PM \\


menulis ; 

adalah menghiris halus hati 
lalu memerah limau membisa ngilu--
dan becerita tentangnya satu persatu. 

by, kokping. 

                                                                                             

" Rambut sama hitam tetapi hati lain lain ;
Ukur baju di badan sendiri ; " 

Itulah manusia, pelbagai kerenah dan ragam. 
Namun, 
Aku lebih suka memendam seorang diri, perasan hebat untuk selesaikan masalah sendirian. 
Aku lebih suka menulis daripada bercerita ;
Kerana apa yang terbuku dihati dapat aku luahkan dengan cara aku
Bersama sekeping kertas dan sebatang pen. 








#1
POSTED ON Thursday, November 7, 2013 AT 6:31 PM \\

Kadang; 


Aku benci dengan diri sendiri, 
Masih tidak serik, tak puas,
Disakiti oleh insan yang sama.

Bukan aku tak pernah cuba, 
Tapi tak berdaya. 


" Self-reminder "

" Hati terlalu rapuh, sekali disakiti terus tewas. Tapi aku tak pernah serik. Kenapa? Sebab aku sayangkan kau. Terlalu banyak peluang yang telah aku bagi sampaikan aku lupa hati dan perasaan sendiri. Kini aku sedar yang kau tidak pernah menghargai diri aku. Kau hanya menganggap aku hanya sebagai seorang insan yang bergelar kawan. Takpe, aku tak kisah semua tu. " 

" Mungkin kau akan baca semua ni, dan aku harap memang kau akan baca. Harap sangat :) "